Friday 23 November 2012

RPH

          

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

Tarikh /Hari           :  2 April 2012 (Isnin)
Masa                     :  11.30 – 12.30 Tengahari
Kelas                     :  1 Harmoni
Mata pelajaran     :  Dunia Sains dan Teknologi
Tajuk                     :  Haiwan
Standard kandungan      :  3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.

Stadard pembelajaran    :  Murid boleh menamakan haiwan disekeliling mereka seperti 
                                           kucing,burung ,ayam dan sebagainya.
Pengetahuan sedia ada :   Murid pernah melihat haiwan di Zoo.
Konsep                           :    Mengenali jenis haiwan
Nilai                                :   Kasih sayang dan bekerjasama.
Nilai-nilai murni             :    Kasih sayang, bekerjasama.

Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 minit)
Nyanyian lagu “Pak Mat ada kebun”
1.Gurumemasang lagu di radio
2.Guru meminta beberapa orang muridmelakonkan watak dalam lagu yang diperdengarkan.
Murid melakonkan watak Pak Mat dan beberapa haiwan yang ada di dalam lagu yang mereka dengar.
Langkah 1
( 15 minit)
Mengenali ciri-ciri haiwan
Memasang LCD projector dan memaparkan beberapa contoh haiwan.
Guru memintamurid melakonkan watak haiwan yang ditunjukkan.
Memberi beberapa soalan .
Beberapa orang murid dipilih untuk memakai topeng bertemakan haiwan.
Murid meniru gaya haiwan seperti yang ditunjukkan .
Murid menamakan haiwan yang mereka lakonkan.
Langkah 2
( 12 minit )
Aktiviti 1
Menamakan gambar haiwan yang disebut.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Guru memberidua keping kad gambar kepada setiap kumpulan.
Setiap kumpulan akan menyoal kumpulan yang lain nama haiwan yang mereka tunjukkan.
Langkah 3
( 10 minit)
Aktiviti 2
Mengeja perkataan nama haiwan
Guru memberikan nama-nama haiwan yang tidak lengkap dalam kad perkataan kepada setiap kumpulan.( 4 keping)
Guru membimbing murid.
Murid berbincang untuk menyelesaikan nama haiwan yang diberikan.
Setiap kumpulan bertanding dengan kumpulan yang lain.Kumpulan yang cepat dikira pemenang.
Langkah 4
( 10 minit )
Aktiviti 3
Bermain teka –teki tentang nama haiwan.
Guru meminta ketua setiap kumpulan mengambil soalan teka-teki .
Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan.
Wakil setiap kumpulan mengambil soalan yang diberikan oleh guru dan berbincang bersama ahli lain.
Setiap kumpulan akan memberikan jawapan masing-masing setelah masa yang diberikan oleh guru telah tamat.
Langkah 5
( 5 minit )
Aktiviti 4
Membuat buku skrap
(perbincangan kumpulan)
Guru meminta setiap kumpulan membuat sebuah buku skrap yang mengandungi gambar-gambar haiwan.
Guru membimbing murid dan mnetapkan masa 2 minggu untuk menyiapkannya.
Ketua kumpulan berbincang dalam kumpulan.
Ketua memberikan tugas kepada setiap ahlinya.
Penutup
( 3 minit )
Mengulang nama-nama haiwanyang telah dipelajari
Guru meminta ketua kumpulan menyebutkan nama haiwan yang telah dipelajari.
Ketua kumpulan menyebut nama haiwan yang telah dipelajari.



No comments: