Thursday 13 December 2012

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (KSSR)


Dunia Sains dan Teknologi
Kurikulum Standard Sekolah Rendah 


1.   Merangsang sifat  ingin tahu murid dan mengembangkan minat  tentang  dunia di sekeliling mereka.

2.   Menyediakan peluang untuk murid menguasai  kemahiran proses sains dan kemahiran secara berfikir kritis dan kreatif.

3.   Meningkatkan daya kreativiti murid.

4.   Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

5.   Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

6.   Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.

7.   Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.



PEMETAAN KURIKULUM STANDARD KEPADA 
STANDARD PRESTASI

        Benda hidup & Benda Bukan Hidup
       Mengenalpasti benda hidup dan bukan hidup
       Mengenalpasti ciri- ciri benda hidup  
       Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK,penulisan 
       atau lisan     
       tentang ciri benda hidup dan benda bukan hidup
B1D1E1
B2D1E1
B5D1E1
        Manusia      
        Mengenalpasti bahagian tubuh manusia  
        Memperihalkan tentang fungsi bahagian-bahagian tubuh 
        manusia
        Menerangkan tentang kepentingan bahagian tubuh 
        manusia
        Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, 
        penulisan atau  
        lisan tentang bahagian dan fungsi tubuh manusia
        Menghormati dan menerima keadaan diri seseorang
B1D2E1
B2D2E1
B3D1E1
B5D2E1

B6D1E1
        Haiwan 
        Mengenalpasti haiwan yang terdapat disekeliling
        Mengenalpasti bahagian tubuh haiwan
        Membanding dan membeza bahagian tubuh antara 
        haiwan-haiwan
        Mengitlak bahawa haiwan mempunyai ciri yang sama dan 
        berbeza
        Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, 
        penulisan atau  
        lisan tentang haiwan dan bahagian tubuh haiwan
        Mengajuk bunyi pelbagai haiwan
        Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak
        Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan
B1D3E1
B2D3E1
B3D2E1
B4D2E1
B5D3E1

B3D2E2
B3D2E3
B6D1E2
           
    Tumbuhan   
       Mengenalpasti tumbuhan di sekeliling
       Mengenalpasti bahagian tumbuhan
       Membanding dan membeza bahagian antara tumbuhan
       Mengitlak bahawa tumbuhan mempunyai ciri yang sama  
       dan berbeza
       Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, penulisan 
       atau lisan tentang tumbuhan dan bahagian tumbuhan
       Mencipta produk menggunakan bahagian tumbuhan
       Menceritakan tentang hasil ciptaan
       Menghargai pelbagai tumbuhan dan   
       berupayamenerangkan kesannya   di muka bumi jika 
       terdapat hanya satu tumbuhan
B1D4E1
B2D4E1
B3D3E1
B4D3E1
       
B5D4E1

B6D1E4
B6D1E4
B6D1E3
Deria
PENGLIHATAN
      Mengenalpasti deria penglihatan
      Mengenalpasti warna ,bentuk asas dan saiz objek
      Menaakul kepentingan warna, bentuk dan saiz dalam    
      kehidupan
      Memahami ciri objek berdasarkan warna,bentuk dan saiz
      Menggabung objek yang mempunyai ciri yang sama dan     
      berbeza
      Mengelaskan objek mengikut warna,bentuk dan saiz
      Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, penulisan    
      atau lisan  tentang kepentingan warna,pelbagai bentuk ,saiz   
      ,ciri bahan

B1D5E1
B2D5E1
B3D4E1
B3D4E1
B4D1E1
B4D4E1
B5D5E1
Deria
BAU
      Mengenalpasti deria bau
      Menjelaskan benda-benda berbau dan tidak berbau
      Mengelaskan benda yang berbau dan tidak berbau
      Menaakul kepentingan deria bau dalam kehidupan
      Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK,penulisan   
      atau lisan tentang bau

RASA
     Mengenalpasti deria rasa
     Menggunakan deria rasa untuk mengenalpasti bahan       
     makanan
     Mengelaskan pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa
     Menaakul kepentingan rasa bahan makanan
     Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK,penulisan  
     atau lisan tentang rasa

SENTUH
      Mengenalpasti deria sentuh
      Membezakan ciri dan keadaan bahan (panas, halus,dll)\
      Mengelaskan bahan berdasarkan ciri fizikal bahan
      Menaakul kepentingan ciri dan keadaan bahan
      Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK,penulisan 
      atau lisan tentang sentuhan

MENDENGAR
       Mengenalpasti deria pendengaran
       Mengenalpasti pelbagai bunyi
       Mengelaskan bunyi berdasarkan ciri tertentu
       Menaakul kepentingan bunyi dalam kehidupan
       Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK,penulisan 
       atau lisan tentang bunyi

MENGGUNA SEMUA DERIA
       Menghargai organ deria
       Memerihalkan kepentingan menjaga keselamatan diri 
       termasuk organ deria


B1D5E1
B2D5E2
B4D4E2
B3D4E2
B5D5E1



B1D5E1
B2D5E3
B4D4E3
B3D4E3
B5D5E



B1D5E1
B2D5E4
B4D4E4
B3D4E4
B5D5E1



B1D5E1
B2D5E5
B4D4E5
B3D4E5
B5D5E1


B6D1E5
B6D1E5
Timbul dan Tenggelam
       Mengenalpasti objek yang timbul dan tenggelam
       Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK,penulisan 
       atau lisan mengenai pengubahsuaian objek yang  
       tenggelam supaya timbul dan timbull supaya tenggelam

B4D5E1
B5D6E1
Reka Bentuk
       Mengenalpasti bentuk asas bongkah (3D)
       Mereka bentuk objek / struktur menggunakan bentuk asas  
       (2D) dan bentuk asas bongkah (3D)
       Menerangkan objek / struktur yang dibina
       Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, penulisan 
       atau lisan mengenai kepentingan pelbagai bentuk bongkah
B3D5E1
B6D1E6

B6D1E6
B5D7E1



                                   STANDARD PRESTASI

          
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
2
Tahu dan Faham
1
Tahu




















CONTOH BORANG BAND
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
DUNIA SAINS & TEKNOLOGI (SAINS) – TAHUN 1/2011

    TEMA    : SAINS HAYAT
     TAJUK   : BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP
     NAMA SEKOLAH: ______________________________________
     KELAS   :  1 _________________________
     NAMA GURU        : ______________________________________


BIL
NAMA MURID
EVIDENS
TARIKH
B1D1E1
TARIKH
B2D2E1
TARIKH
B5D1E1

























Friday 30 November 2012

BAHAN BANTU MENGAJAR

TAJUK: HAIWAN


Pelbagai bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi kemahiran mengenal haiwan terdapat beberapa contoh bahan bantu mengajar yang digunakan di antaranya :


a) Patung haiwan (permainan)

b) Kad perkataan ( nama-nama haiwan)

c) Kad gambar 

d) Carta yang bertajuk haiwan 












Saturday 24 November 2012

SOALAN AKTIVITI


CONTOH SOALAN DALAM BUKU AKTIVITI
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1
(KSSR)














Friday 23 November 2012

RPH

          

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

Tarikh /Hari           :  2 April 2012 (Isnin)
Masa                     :  11.30 – 12.30 Tengahari
Kelas                     :  1 Harmoni
Mata pelajaran     :  Dunia Sains dan Teknologi
Tajuk                     :  Haiwan
Standard kandungan      :  3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.

Stadard pembelajaran    :  Murid boleh menamakan haiwan disekeliling mereka seperti 
                                           kucing,burung ,ayam dan sebagainya.
Pengetahuan sedia ada :   Murid pernah melihat haiwan di Zoo.
Konsep                           :    Mengenali jenis haiwan
Nilai                                :   Kasih sayang dan bekerjasama.
Nilai-nilai murni             :    Kasih sayang, bekerjasama.

Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 minit)
Nyanyian lagu “Pak Mat ada kebun”
1.Gurumemasang lagu di radio
2.Guru meminta beberapa orang muridmelakonkan watak dalam lagu yang diperdengarkan.
Murid melakonkan watak Pak Mat dan beberapa haiwan yang ada di dalam lagu yang mereka dengar.
Langkah 1
( 15 minit)
Mengenali ciri-ciri haiwan
Memasang LCD projector dan memaparkan beberapa contoh haiwan.
Guru memintamurid melakonkan watak haiwan yang ditunjukkan.
Memberi beberapa soalan .
Beberapa orang murid dipilih untuk memakai topeng bertemakan haiwan.
Murid meniru gaya haiwan seperti yang ditunjukkan .
Murid menamakan haiwan yang mereka lakonkan.
Langkah 2
( 12 minit )
Aktiviti 1
Menamakan gambar haiwan yang disebut.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Guru memberidua keping kad gambar kepada setiap kumpulan.
Setiap kumpulan akan menyoal kumpulan yang lain nama haiwan yang mereka tunjukkan.
Langkah 3
( 10 minit)
Aktiviti 2
Mengeja perkataan nama haiwan
Guru memberikan nama-nama haiwan yang tidak lengkap dalam kad perkataan kepada setiap kumpulan.( 4 keping)
Guru membimbing murid.
Murid berbincang untuk menyelesaikan nama haiwan yang diberikan.
Setiap kumpulan bertanding dengan kumpulan yang lain.Kumpulan yang cepat dikira pemenang.
Langkah 4
( 10 minit )
Aktiviti 3
Bermain teka –teki tentang nama haiwan.
Guru meminta ketua setiap kumpulan mengambil soalan teka-teki .
Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan.
Wakil setiap kumpulan mengambil soalan yang diberikan oleh guru dan berbincang bersama ahli lain.
Setiap kumpulan akan memberikan jawapan masing-masing setelah masa yang diberikan oleh guru telah tamat.
Langkah 5
( 5 minit )
Aktiviti 4
Membuat buku skrap
(perbincangan kumpulan)
Guru meminta setiap kumpulan membuat sebuah buku skrap yang mengandungi gambar-gambar haiwan.
Guru membimbing murid dan mnetapkan masa 2 minggu untuk menyiapkannya.
Ketua kumpulan berbincang dalam kumpulan.
Ketua memberikan tugas kepada setiap ahlinya.
Penutup
( 3 minit )
Mengulang nama-nama haiwanyang telah dipelajari
Guru meminta ketua kumpulan menyebutkan nama haiwan yang telah dipelajari.
Ketua kumpulan menyebut nama haiwan yang telah dipelajari.